Home » Citra Yadim » Program Back To School YADIM – SSM

Program Back To School YADIM – SSM

MENJELANG Sesi persekolahan baharu yang bakal bermula, YADIM telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyantuni para pelajar yang memerlukan.
Seramai 320 pelajar telah menerima sumbangan beg sekolah dalam Program Back To School YADIM – SSM pada 9 dan 10 Mac.
Sumbangan ini adalah daripada dana Wakalah Zakat SSM dan diagihkan melalui YADIM dengan kerjasama rakan-rakan badan bukan kerajaan dan pihak sekolah.
Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah, Kuala Lumpur, Sekolah Agama Menengah (SAM) Sultan Hisyamudin, Klang, SAM Jeram dan SAM Bagan Terap.
Turut menerima sumbangan ialah beberapa sekolah di Perak iaitu di sekitar Bagan Serai, Selinsing, Parit Buntar, Alor Pongsu dan Gunung Semanggol dengan kerjasama bersama persatuan penduduk kawasan tersebut.
Hadir mengagihkan sumbangan ialah Pengarah YADIM Negeri Perak, Ustaz Ramdani Abd. Karim dan Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Abdul Qaiyum Aris.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *