Home » Citra Yadim » Program Ziarah Kasih Ambang Ramadan

Program Ziarah Kasih Ambang Ramadan

SUKARELAWAN YADIM Sabak Bernam turut tidak ketinggalan menyantuni komuniti mereka sempena kedatangan Ramadan.
Pada 9 Mac, mereka telah mengadakan program Ziarah Kasih Ambang Ramadan untuk enam keluarga yang memerlukan.
Mereka yang disantuni merupakan keluarga asnaf dan pesakit kronik di Sungai Besar, Sungai Haji Dorani dan Sungai Panjang.
Kesemua menerima sumbangan barangan dapur dan lampin pakai buang untuk meringankan beban mereka.
SAY Sabak Bernam juga telah menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada seorang mualaf Orang Kurang Upaya di Taman Cahaya, Sungai Besar untuk memudahkan pergerakannya.
Turun padang dalam program ini ialah Pengerusi SAY Sabak Bernam, Puan Hasnah Johari dan ahli jawatankuasanya.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *