Home » Citra Yadim » Program Bantuan Ramadan Aidilfitri YADIM/ CIMB di Kupang

Program Bantuan Ramadan Aidilfitri YADIM/ CIMB di Kupang

BALING – Daerah ini menjadi lokasi terbaharu program YADIM Peduli: Bantuan Ramadan Aidilfitri YADIM/ CIMB.

Tiga kampung iaitu Kampung Sungai Limau, Kampung Lanai dan Kampung Bukit Hijau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kupang di sini dipilih sebagai lokasi program pada 6 Jun.

Seramai 10 penerima terdiri dari Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 20 penerima terdiri dari asnaf dan golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian.

Ia disampaikan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir sama ialah Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Kupang, Ustaz Hassan Saad, Pengerusi Persatuan OKU Kedah, Mohd Firdaus Zulkifli serta Penasihat Persatuan Generasi Kita Baling, Roshidi Mohd Arof.

Selain itu, beberapa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung dan Angkatan Pertahanan Awam mewakili Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Baling juga membantu melicinkan perjalanan program.

Sejak Ramadan lalu, YADIM dan CIMB Islamic bergerak ke seluruh negara menyantuni golongan yang memerlukan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *