Home » Citra Yadim » Program Bicara Dakwah : Seminar Penghayatan Islam dalam Bahasa Mandarin

Program Bicara Dakwah : Seminar Penghayatan Islam dalam Bahasa Mandarin

JOHOR BAHRU – Peranan saudara baharu adalah sangat penting dalam membantu menyebarkan Islam di negara ini. Tidak dinafikan, mereka mempunyai kelebihan tersendiri yang dapat membantu mencapai tujuan tersebut.

Menyedari hakikat ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 21 hingga 22 Disember lalu telah mengadakan program Bicara Dakwah : Seminar Penghayatan Islam di sini.

Program yang mendapat kerjasama syarikat pakaian dan peralatan sukan, Al Ikhsan Sports ini memfokuskan penyebaran dakwah dalam Bahasa Mandarin, disertai oleh 101 saudara baharu berbangsa Cina.

Ia turut mendapat kerjasama Persatuan Cina Muslim (MACMA) cawangan Johor, Jabatan Agama Islam Johor dan Persatuan Kebajikan Islam Malaysia Bahagian Johor.

Program ini merupakan acara tahunan YADIM dan MACMA Johor. Siri kali ini merupakan kali ketiga ia diadakan secara kerjasama antara kedua badan ini.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, As Sheikh Muhammad Husni Tamrin Md. Sharif telah merasmikan program yang mempunyai objektif memberi kefahaman serta membentuk sahsiah Islamiah dikalangan saudara baharu berteraskan akhlak Islam ini.

Program ini juga menerima sentuhan dua orang penceramah yang didatangkan khas dari Taiwan iaitu Teen Yusof Hong Lu dan saudara Ishaq Ma.

Keduanya berkongsi pengalaman dan memberi pencerahan tentang beberapa isu dalam sebuah forum bertajuk ‘Menghormati’ sebagai salah satu pengisian program dua hari ini.

Selain Yusof dan Ishaq, Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Dr. Jaysuman Pusppanathan, Ketua Bahagian Mandarin Sekolah Antarabangsa Brainybunch, Sarah Cui Abdullah dan wakil Al Ikhsan Sports, Ustaz Raja Suffian juga dijemput sebagai penceramah dalam program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *