Dialog silang budaya Malaysia Hong Kong

YADIM Johor bersama rakan strategik Waqaf Annur Corporation, MACMA Cawangan Johor dan PERKIM Cawangan Johor diberi peluang menyusun program sempena program silang budaya Malaysia Hong Kong anjuran Southern University College pada 15 Jun. Ia bertujuan menghilangkan salah faham berkenaan Islam dan menyampaikan keindahan agama ini. Seramai 51 pelajar bukan Muslim berbangsa Cina menyertai program ini […]

Usaha pupuk semangat perpaduan diperhebatkan selaras gagasan Malaysia Madani

KUALA LUMPUR –  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperhebatkan lagi usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata usaha itu selaras dengan konsep Membangunkan Malaysia Madani seperti yang dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kita di agensi agama termasuk di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) […]

Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2022 Perlis

KANGAR – YADIM Perlis telah terlibat sama menjayakan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2022 negeri ini pada 1 Februari. Bertempat di perkarangan Dewan Kawasan Rukun Tetangga Padang Kota di sini, ia diadakan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Perlis, YADIM Perlis,Hidayah Center  dan Kawasan Rukun Tetangga Padang Kota. Program ini ia diserikan dengan kehadiran […]

Seminar Penghayatan Islam Bahasa Mandarin diperluas ke seluruh negara

JOHOR BAHRU – Inisiatif melestari gerakan dakwah di negara ini terus diperkasa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Program ikonik YADIM Johor, Seminar Penghayatan Islam Bahasa Mandarin bakal diperluaskan ke seluruh negara pada tahun hadapan. Seminar berkenaan adalah untuk membimbing saudara kita  memahami, mendalami serta mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya di samping membantu mereka menyebarkan serta […]

Cadangan kerjasama YADIM – Persatuan Kebajikan Mohd Chan

PUTRAJAYA – Satu perbincangan ringkas telah diadakan antara pengasas rangkaian Restoran Mohd Chan dan Persatuan Kebajikan Mohd Chan, Datuk Mohd Chan Abdullah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Perbincangan di ibu pejabat YADIM di sini pada 22 Februari itu antara lain menyentuh mengenai kerjasama dalam program kebajikan […]

YADIM santuni komuniti Tiong Hua warga emas sempena Tahun Baru Cina

JOHOR BAHRU – ‘Hao, Hao’ (bagus, bagus)… ujar seorang warga emas di Persatuan Kebajikan Orang Tua Ceria Johor Bahru, sebaik menerima paket Ang Pao. Senyuman tidak lekang daripada wajahnya selepas menerima paket merah mengandungi sedikit sumbangan itu. Dari kejauhan kelihatan dia teruja dengan kedatangan kami ke pusat jagaan warga emas itu. ‘”Gong Xi Fat Choi […]

YADIM Peduli dengan kerjasama MACMA Perlis

ARAU – Bertempat di Kampung Kubang Lintah di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis telah melaksanakan program YADIM Peduli dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Seramai 10 asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disantuni dalam program ini yang dilaksanakan pada 9 Februari. YADIM Perlis dan MACMA juga menyampaikan sumbangan kepada  lima […]

30 keluarga di Padang Serai terima manfaat Musa’adah Covid-19

PADANG TOK DIK – Selepas Kulim, program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah diadakan pula di Parlimen Padang Serai pada 27 April. Bermula di Masjid Abdul Halim Muadzam Shah di sini, sebanyak 30 set sumbangan diagihkan kepada golongan asnaf, muallaf dan warga emas yang uzur di daerah ini. Sumbangan yang diberikan merupakan beras […]

Program Bicara Dakwah : Seminar Penghayatan Islam dalam Bahasa Mandarin

JOHOR BAHRU – Peranan saudara baharu adalah sangat penting dalam membantu menyebarkan Islam di negara ini. Tidak dinafikan, mereka mempunyai kelebihan tersendiri yang dapat membantu mencapai tujuan tersebut. Menyedari hakikat ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 21 hingga 22 Disember lalu telah mengadakan program Bicara Dakwah : Seminar Penghayatan Islam di sini. Program […]

Forum Hal Ehwal Islam Hulu Terengganu

FELDA MENGKAWANG – Kembara Rahmah Peringkat Daerah Hulu Terengganu diteruskan dengan majlis ilmu pada sebelah malam. Bertempat di Masjid Felda Mengkawang di sini, telah diadakan Forul Hal Ehwal Islam bertajuk ‘Islam Rahmah Untuk Semua’, sebagai pengisian kepada program Kembara Rahmah Hulu Terengganu. Ia menampilkan Timbalan yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain […]