Home » Citra Yadim » Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sabak Bernam

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sabak Bernam

SUKARELAWAN YADIM (SAY) Sabak Bernam telah menyertai perarakan Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sabak Bernam pada 7 Oktober.
Bermula seawal 7 pagi, semua peserta telah berhimpun di perkarangan Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam untuk persiapan bagi program perarakan .
SAY Sabak Bernam telah menghantar 40 peserta untuk perarakan tersebut.
Terdapat 35 kontinjen menyertai perarakan ini daripada pelbagai wakil seperti pihak keselamatan, masjid, pusat tahfiz, badan bukan kerajaan dan sekolah Kafa .
Selesai perarakan, program diteruskan dengan persembahan nasyid dan qasidah sebelum tausiah Cinta Rasul ‘Qudwah Hasanah Teragung’ yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohamad Aizuddin Kamarul Zaman, pendakwah bertauliah Negeri Selangor.
Pegawai Daerah Sabak Bernam, Tuan Amri Ismail menyampaikan ucapan aluan sebelum Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Y.D.H Dr.Haji Paridul Adras Bin Ismail menyampaikan ucaptama.
Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam, Masjid Jamek Sultan Hishamuddin Pekan Sabak Bernam dan Institut Pemberdayaan Ummah Negeri Selangor.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *