Home » Citra Yadim » Program Bicara Ilmu Agensi YADIM Negeri Kedah dan Perlis

Program Bicara Ilmu Agensi YADIM Negeri Kedah dan Perlis

PROGRAM Bicara Ilmu Agensi pada 7 Ogos anjuran bersama YADIM Negeri Kedah dan Perlis bersama Hospital Sultan Abdul Halim dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) telah menarik penyertaan seramai 100 pegawai dan kakitangan hospital.
Berlangsung di Auditorium Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, ceramah ini telah disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Nurul Aswar Nasron. Slot yang bertajuk ‘Aku Bekerja Kerana Aku Hamba’ memberi penekanan tentang pentingnya mengurus emosi dan tekanan dalam pekerjaan agar pegawai dan kakitangan kekal fokus dan sihat dari segi emosi dan mental.
Hadir sama ke program ini Pengerusi Hospital Mesra Ibadah, Dr. Azurin Chan, Timbalan Pengarah 1 Hospital Sultan Abdul Halim, Dr. Mohamed Ali Mohamed Nadhar Khan dan Pegawai Kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustaz Ridzuan Ahmad.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *