Home » Citra Yadim » Program Cuci-Cuci di SRA Rakyat Orang Asli dan Surau Diri Jumaat Nurul Hikmah

Program Cuci-Cuci di SRA Rakyat Orang Asli dan Surau Diri Jumaat Nurul Hikmah

YADIM dan Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak mempunyai hubungan kerjasama baik dalam pelbagai bidang yang terjalin sejak sekian lama.
Kerjasama tersebut diteruskan lagi menerusi program CSR Rahmah Parlimen Tambun yang berlangsung pada 19 hingga 21 Oktober ini.
Hari pertama program menyaksikan Bahagian Khidmat Bakti YADIM mengadakan program Cuci-Cuci di Sekolah Rendah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hikmah dan Surau Diri Jumaat Nurul Hikmah pada sebelah pagi.
Bahagian luar dan dalam kedua-dua bangunan dibersihkan oleh kakitangan YADIM, anggota Rakan Siswa YADIM PUO dengan kerjasama penduduk setempat.
Program kemudiannya diteruskan pada sebelah petang di Kampong Tonggang, Tanjung Rambutan apabila gandingan YADIM dan PUO menyantuni empat kediaman masyarakat Orang Asli di sana.
Menerusi kerjasama ini, setiap kediaman menerima pembaikan sistem pendawaian, pemasangan empat biji lampu kalimantang, satu unit kipas serta punca kuasa.
Inisiatif ini diketuai Pensyarah Jabatan Kejuruteraaan Elektrik, Encik Ismul Azam Ismail bersama tiga orang pelajar Jabatan Kejuruteraaan Elektrik PUO, Haikal Hakimi Saiful Hadi, Syah Jehan dan Amirul Hakimi Shamsul Anuar serta turut mendapat kerjasama penduduk kampung yang mahir dengan kerja-kerja pendawaian.
Penglibatan YADIM dalam program ini, diketuai oleh Penolong Pengarahnya, Encik Abdul Qaiyum Aris.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *