Home » Citra Yadim » Program Remaja Pintar Soleh (Repsol) di Kompleks Kebajikan Anak-Anak Yatim (Peryatim) Bintulu

Program Remaja Pintar Soleh (Repsol) di Kompleks Kebajikan Anak-Anak Yatim (Peryatim) Bintulu

SEKADAR acara ringkas untuk memberi keceriaan, namun yang lebih penting ialah senyuman yang berjaya diukir di bibir mereka.
Dalam majlis penutup Program Remaja Pintar Soleh (Repsol) di Kompleks Kebajikan Anak-Anak Yatim (Peryatim) Bintulu pada 19 Oktober, YADIM menyantuni seramai 70 penghuninya termasuk yang bukan Muslim dengan sumbangan makanan dan pendekatan kreatif bagi menghidupkan suasana serta memberi keceriaan.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus mengadakan kuiz menanyakan soalan tentang sirah Islam serta terjemahan ringkas Bahasa Arab kepada anak-anak yatim yang hadir.
Hadiah-hadiah sebagai ganjaran ialah roti yang dibawa dari semenanjung dan sedikit wang tunai.
Jelas ceria dengan cara tersebut, anak-anak yatim yang hadir terlibat dengan aktif dan bersungguh-sungguh menjawab soalan yang diberikan.
Menerusi sesi yang sama, Datuk Hasanuddin sempat memberi motivasi kepada anak-anak yatim berkenaan supaya berjaya dalam pelajaran mereka.
Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Tuan Haji Alwi Haji Morshidi, Pengarah YADIM Sarawak, Encik Awang Dulhadi Awang Mat dan Pengurus Peryatim Bintulu, Ustaz Mohd Nor Ali.
Repsol di Peryatim Bintulu turut mendapat kerjasama daripada Sukarelawan YADIM Miri yang membantu dalam persiapan dan perjalanan program.
Sementara itu dalam program ini, YADIM turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada Peryatim Bintulu untuk membantu pengurusan pusat ini.
Program ini ialah sebahagian pengisian dalam rangka kerja YADIM di Bintulu bermula 19 hingga 21 Oktober.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *