Home » YADIM MADANI » Program Cuci-Cuci Surau dan Ihya’ Ramadan

Program Cuci-Cuci Surau dan Ihya’ Ramadan

RAMADAN Semakin menghampiri dan cakna dengan kehadiran bulan mulia itu, YADIM menerusi Bahagian Khidmat Bakti (BKB) telah mengadakan program Cuci-Cuci Surau dan Ihya’ Ramadan.
Diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Batu Kurau, program pada 2 dan 3 Mac di Kampung Paduka, Perak ini diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat.
Antaranya termasuklah taklimat dan sesi dialog dengan SAY Batu Kurau, tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Penolong Pengarah BKB, Ustaz Zulnizzam Zulkifli dan aktiviti pembersihan surau Al Ihsan, Kampung Paduka.
Taklimat kepada anggota SAY disampaikan Penolong Pengarah BKB, Ustaz Arif Adzwan Mohd Ali sementara amanat oleh Pengarah BKB, Puan Hajah Hafsah Haji Husain.
Turut diadakan ialah Ziarah Mahabbah dan sumbangan Bakul Madani kepada 10 keluarga yang memerlukan.
Acara sumbangan ini dijayakan dengan kerjasama syarikat Family Bite Malaysia yang tidak jemu menyokong program-program YADIM. Terima kasih Family Bite!
Hadir ke program ini ialah Ketua Koordinator SAY Batu Kurau, Puan Kamariah Baharom dan ahli-ahli Jawatankuasa Surau Al Ihsan Kampung Paduka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *