Home » Langit Terbuka » SAY Kuala Langat & Unisel berprogram dengan anak yatim Sijangkang

SAY Kuala Langat & Unisel berprogram dengan anak yatim Sijangkang

MEMPELBAGAIKAN Bentuk dan pendekatan menyantuni masyarakat, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 28 Januari mengadakan program bersama Universiti Selangor (Unisel) untuk tujuan itu.
Bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang, seramai 70 pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kuala Langat menyertai program ini.
Antara pengisian program sehari ini ialah bengkel Bahasa Inggeris, sesi motivasi, sukan rakyat dan senaman.
Pengisian untuk para peserta program disampaikan oleh 9 pelajar Unisel diketuai Pengarah Projek, Mohd Lokman Haqim dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial.
Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin, Roslan Yaacob, Rasid Yusop dan 10 Ahli Jawatankuasanya hadir sama ke program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *