Home » Citra Yadim » Program dakwah di hospital

Program dakwah di hospital

KOTA BHARU 11 April – Progam ziarah pesakit di hospital-hospital adalah penting dalam konteks dakwah terutama dalam memberikan motivasi kepada mereka untuk sentiasa bersemangat menjalani kehidupan biarpun masih terlantar sakit.
Selain itu, program sedemikian juga dapat menjadi satu platform kepada para pendakwah untuk memberikan tunjuk ajar mengenai pelbagai perkara kepada para pesakit dalam melakukan ibadat ketika sedang sakit.
Menyedari hal demikian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan telah menganjurkan program Ziarah Prihatin Sukarelawan Al-Falah YADIM-KPTM pada 1 April lalu di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.
Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, tujuan utama program itu adalah untuk mendekati para pesakit di hospital berkenaan bagi memberikan maklumat kepada mereka mengenai cara-cara melakukan ibadat.
“Sememangnya pemberian risalah seperti cara-cara bersolat dan sebagainya adalah amat penting bagi membolehkan para pesakit tetap melakukan ibadat yang diwajibkan ke atas mereka biarpun terlantar di hospital,’’ katanya.
Beliau berkata, dalam program berkenaan para sukarelawan telah dapat menziarahi 65 pesakit yang terdiri daripada pesakit lelaki, wanita, kanak-kanak dan ibu-ibu bersalin.
Katanya, program berkenaan juga telah secara tidak langsung mewujudkan semangat khidmat bakti sukarelawan kepada masyarakat yang merupakan asas penting kepada pasukan Sukarelawan Al-Falah.
“YADIM berharap dengan program ini, mesej-mesej dakwah juga akan dapat disampaikan dengan berkesan kepada golongan sasaran bukan sahaja kepada para pesakit tetapi juga kepada ahli-ahli keluarga mereka,’’ katanya.
Beliau berkata, sebagai sebuah pasukan sukarela adalah penting Sukarelawan Al-Falah melaksanakan program-program khidmat bakti agar setiap masyarakat dapat didekati dan seterusnya dapat menyampaikan mesej-mesej dakwah berkenaan.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *