Home » Citra Yadim » Program Majlis Sumbangan Ramadan di Masjid Sultan Abdul Halim

Program Majlis Sumbangan Ramadan di Masjid Sultan Abdul Halim

YADIM Kedah dan Perlis tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program untuk masyarakat pada Ramadan ini.
Terbaharu, mereka telah menyantuni seramai 50 orang asnaf daripada Flat Paya Nahu, Sungai Petani dalam program Majlis Sumbangan Ramadan di Masjid Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 25 Mac.
Program ini mendapat kerjasama Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Sungai Petani yang bernaung di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta rakan badan bukan kerajaan seperti ABIM Daerah Kuala Muda.
Kesemua mereka yang disantuni menerima sumbangan “Bakul MADANI” berupa makanan keperluan asasi dan beras.
Program yang bermula selepas solat Asar itu dimulakan dengan Kuliah Ilmu oleh Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Tuan Syeikh Ahmad Muzammil Yub. Ceramah beliau mengangkat tema ‘Bersegeralah Untuk Mendapatkan Keampunan Tuhan Dan Kelebihan Ramadan’.
Ia diikuti dengan ucapan aluan daripada Imam Masjid, Tuan Haji Yusuf Abdullah, sebelum Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof Madya Dr Adi Anuar Azmin menyempurnakan majlis.
Beliau merakamkan penghargaan kepada pihak Pejabat Agama Daerah Kuala Muda atas kerjasama strategik yang diberikan dan Masjid Sultan Abdul Halim, atas kesudian menjadi tuan rumah dalam menjayakan program ini.
Turut hadir ini adalah Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohammad Fadzil Alias dan para pegawainya, pimpinan NGO, pegawai agama Islam daerah dan institusi kerajaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *