Home » Citra Yadim » Program Ihya’ Ramadhan anjuran YADIM Zon Sabah

Program Ihya’ Ramadhan anjuran YADIM Zon Sabah

KOTA KINABALU – Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah telah menganjurkan program Ihya Ramadan sebagai satu usaha untuk mengislahkan umat terutama pada bulan yang penuh barakah ini.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program Ihya Ramadan diadakan bagi menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti dan program dakwah terutama bagi menyampaikan ilmu kepada masyarakat Islam mengenai fadilat puasa.

Beliau berkata, antara aktiviti yang diadakan termasuk tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Daie YADIM Daerah Penampang, Ustazah Fathin Adila Saufee di Sekolah Kebangsaan St. Theresa, Penampang, dekat sini.

“Manakala, Daie YADIM Daerah Sandakan, Ustaz Rafaeh Mohd Enarjih pula telah memberikan tazkirah Ramadhan kepada warga kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Daerah Sandakan  dalam satu majlis berasingan yang turut diadakan bersama majlis bacaan Yassin,’’ katanya.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan ini, YADIM Zon Sabah telah mengatur pelbagai program dakwah bagi mengisi bulan Ramadan sebagaimana yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini.

Menurutnya, secara keseluruhannya, program yang diadakan itu telah mendapat sambtuan yang baik daripada pelbagai golongan masyarakat dan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa masyarakat sekarang sememangnya memerlukan pengisian ilmu sepanjang masa.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *