Home » Citra Yadim » Program Jaulah Madani YADIM Kedah dan Perlis

Program Jaulah Madani YADIM Kedah dan Perlis

KESUKARAN Hidup tidak mengenal bangsa atau latar belakang.
Cakna dengan situasi itu dan sesuai dengan gerak kerjanya, YADIM Kedah dan Perlis menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka.
Pada hari kedua Program Jaulah Madani (21 Okrober), YADIM Kedah dan Perlis mengadakan program YADIM Peduli – Santuni Ibu Tunggal dan Asnaf Malaysia Madani yang telah berlangsung di Surau An Nur Kampung Bohor Tempoyak.
Seramai 10 orang penerima terpilih dari lima kampung telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengerusi Masjid kampung tersebut, seterusnya ceramah yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Yeop. Program diteruskan lagi dengan edaran risalah dakwah kepada pengunjung di Pantai Chenang.
Hadir bersama dalam program ini ialah Pengerusi Surau An Nur, Haji Saidi Jantan, Pengerusi Kelab Warga Emas Kuala Nerang, Masri Awang Kechik dan Pengerusi Persatuan Warga Emas Daerah Langkawi Hajah Salmah Ibrohim.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *