Home » Citra Yadim » Program Kalam Madani Bersama Yang Dipertua YADIM

Program Kalam Madani Bersama Yang Dipertua YADIM

USAHA Menyebar luas dakwah dewasa ini memerlukan gerakan secara bekerjasama meliputi pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan ia benar benar berkesan.
Justeru YADIM amat menghargai peranan yang dimainkan oleh setiap agensi dan rakan-rakan NGO di seluruh negara.
Di Teregganu pada 30 Julai, diadakan program Kalam Madani Bersama Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus bagi memperkukuh jaringan dan jalinan strategik antara YADIM dan badan-badan Islam utama di negeri tersebut.
Majlis ini turut mahu menjadikan Ilmu sebagai wadah utama dakwah.
Seramai 42 wakil-wakil rakan NGO hadir ke majlis ini bagi mengukuhkan ukhuwah selain bertukar pandangan bagaimana untuk memperkasa lagi usaha melestari gerakan dakwah di Terengganu.
Antara NGO yang menghantar wakil ialah IKRAM, HALUAN, ABIM, WADAH, SALWA, PEKIDA, AJWA dan FILLAH.
Dalam pertemuan ini, Datuk Hasanuddin mengajak rakan-rakan NGO ini untuk bersama YADIM dan meningkatkan lagi kerjasama yang telah terjalin selama ini.
Beliau turut menyeru agar gerakan dakwah dilaksanakan secara berhikmah dan bijaksana.
Mereka yang hadir juga dilibatkan sama dalam sesi soal jawab bagi memberi pandangan mengenai usaha dakwah di Terengganu.
Hadir sama ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia Terengganu, Dato’ Dr. Abd Rashid Che Ali.
YADIM sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan rakan strategik seperti ini di Kelantan, Johor serta Sarawak serta merancang beberapa lagi pertemuan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *