Home » Citra Yadim » Seminar Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran YADIM Terengganu

Seminar Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran YADIM Terengganu

SEMINAR Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) anjuran YADIM Terengganu menerima sambutan luar biasa apabila lebih 400 peserta memenuhi Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) lokasi program diadakan pada 30 Julai.

Para peserta tidak berganjak daripada kerusi masing masing bagi mendengar kupasan ilmu daripada tokoh tokoh yang dijemput hadir dan tidak melepaskan peluang bertanyakan soalan.

Program bermula dengan Pengerusi Yayasan Al Ri’ayah, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid menyampaikan ucaptama bertajuk “Kepentingan Berpegang Dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah” pada slot pertama sebelah pagi.

Ia diikuti oleh Ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali yang membawakan pengisian bertajuk “Sifat 20 dan Tauhid 3: Perincian menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah”. Seorang lagi tokoh ilmuan, Dr. Muhammad Ayman Al Akiti pula membawakan tajuk “Ancaman dan Pemurnian Salah Faham Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah”.

Sesi perasmian kemudiannya dimulakan dengan ucapan Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam Terengganu, Tuan Haji Zulkifli Othman sebelum Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus merasmikan program.

Dalam ucapannya, Datuk Hasanuddin menyeru supaya masyarakat umum agar tidak perlu memfokuskan kepada selain ASWJ yang diiktiraf menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

Katanya lagi, kecuali dalam perbahasan akademik di universiti dan majlis ilmu tertentu yang memerlukan kajian mendalam, pendakwah terutamanya seharusnya lebih menumpukan usaha mengajak orang ramai mendekatkan diri kepada Allah.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu YADIM di Terengganu akan bekerjasama rapat dengan agensi dan rakan rakan badan bukan kerajaan bagi memperkasa usaha melestari gerakan dakwah di negeri berkenaan.

Hadir sama ialah Timbalan Mufti Terengganu, Profesor Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Bin Syed Omar, Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia Terengganu, Dato Dr Abd Rashid Che Ali.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *