Home » Citra Yadim » Program kebajikan sempena Ramadan

Program kebajikan sempena Ramadan

KUALA TERENGGANU 20 Jun – Sempena bulan Ramadan kali ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Timur giat melaksanakan program kebajikan dengan mengagihkan pelbagai barangan keperluan kepada penduduk yang memerlukan di negeri ini.

Program yang diinisiatifkan itu dinamakan sebagai Gerak Mesra Ramadan Mubarak telah bermula pada 16 Jun dengan melibatkan enam kawasan dewan undangan negeri (DUN) iaitu Tepoh, Ladang, Bandar, Batu Buruk dan Wakaf Mempelam.

Dalam lawatan ke kawasan DUN berkenaan, sebanyak 45 keluarga miskin serta lima keluarga mualaf di bawag selian Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Terengganu telah diplih untuk menerima bantuan barangan keperluan berkenaan.

Program ini mendapat kerjasama daripada gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di bawah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Terengganu serta pelbagai pihak lain termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dan Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA).

Turut menyumbang adalah NGO Islam iaitu Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) dan Persatuan Pesara Pendidikan.

Sementara itu, pada 17 Jun, Yadim Zon Timur telah menerima sumbangan 30 kampit beras daripada Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Daerah Besut.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Biro Agama Perkep Daerah Besut, Korporal Rodhiah Abdullah kepada Eksekutif Yadim, Nasrul Hadi Saidin di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

Beras berkenaan kemudiannya akan diagih-agihkan kepada para penduduk sekitar negeri ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *