Home » Citra Yadim » Hari Ketiga Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India

Hari Ketiga Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India

HARI Ketiga Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India menyaksikan kedua pegawai YADIM dan rombongan telah mengikuti Majlis Syarahan oleh para Masyayeikh, daripada Jami’ah Markaz Thaqafiyyah Sunniyya. Antaranya:
1. Syeikh Muhammad Al-Faidhi
2. Syeikh Muhammad Abdul Ghafur As-Thaqafi
Selepas Magrib pula, Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Khusnaini Mongin dan Ustaz Abdul Hafiz Mat Tuah serta rombongan telah mengikuti Jalsatul Wisal yang dipimpin Syeikh Abdul Hakim, anakanda kepada Syeikh Abu Bakr Ahmad bertempat di ruang solat utama Jami’ul Futuh.
Para munsheed daripada kalangan pelajar telah membacakan Mawlid Al-Manqus karangan Al-Imam Zainuddin Makhdoom Malibari Al-Kabir, diselangi dengan Mawlid Dhiya’ Al-Lami’ karangan Al-Habib Omar bin Hafez.
Di akhir majlis, Syeikh Abdul Hakeem telah memberikan penghormatan kepada Ahli Nadwah Ulama dan Ilmuwan YADIM (NUIM), Syeikh Muhammad Nazrul Nasir untuk membacakan doa penutup.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *