Home » Citra Yadim » Program Kem Jati Diri dan Kepimpinan Anak Bina Muslimin Institusi Gabungan PERKID Malaysia 2023

Program Kem Jati Diri dan Kepimpinan Anak Bina Muslimin Institusi Gabungan PERKID Malaysia 2023

SERAMAI 70 peserta diraikan dalam Program Kem Jati Diri dan Kepimpinan Anak Bina Muslimin Institusi Gabungan PERKID Malaysia 2023 di Hulu Langat pada 24 November.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ketika merasmikan penutupan program berkenaan, mengajak para peserta yang diraikan agar sentiasa bermuhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Allah.
Ujarnya, peserta yang hadir ke program adalah insan terpilih kerana diberi peluang membaiki diri dan menuju ke jalan yang lebih baik.
Beliau menambah, bagi tujuan dakwah, YADIM sentiasa terbuka dan mengajak pelbagai pihak menyertai inisiatif dakwah mereka menerusi pelbagai platform seperti Sukarelawan YADIM, Rakan Siswa YADIM, Rakan Belia YADIM dan sebagainya.
Beliau juga sempat berkongsi pengalaman ketika berada dalam misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Palestin pada 2010.
Hadir ke program ini ialah Presiden PERKID, Ustaz Masridzi Sat, Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin serta wakil agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam serta daripada pelbagai rakan-rakan badan bukan kerajaan.
PERKID dan YADIM telah lama menjalin kerjasama dalam bidang dakwah bagi manfaat umat, khususnya golongan belia.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *