Home » Citra Yadim » Misi Bantuan Banjir YADIM Ke Terengganu menyantuni penduduk Taman Murni Permai

Misi Bantuan Banjir YADIM Ke Terengganu menyantuni penduduk Taman Murni Permai

PASUKAN Misi Bantuan Banjir YADIM Ke Terengganu telah menyantuni penduduk Taman Murni Permai, Kuala Nerus pada 24 November.
Dengan kerjasama Pertubuhan Komuniti Madani Rhu Rendang dan Sukarelawan YADIM Terengganu, mereka membantu membersihkan kediaman sebuah keluarga mangsa banjir.
Para petugas ini yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Khidmat Bakti, YADIM Terengganu dan YADIM Pahang juga menyumbang makanan sedia dimakan, lampin pakai buang, telekung serta pakaian.
Turut disantuni ialah tujuh keluarga yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara Batu Rakit.
Turut turun padang ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.
Lebih banyak program menyantuni mangsa banjir telah diatur YADIM selepas ini. Semoga sedikit sumbangan kami ini dapat menghadirkan senyuman kepada mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *