Home » Citra Yadim » Program Kepimpinan RBY Zon Selatan.

Program Kepimpinan RBY Zon Selatan.

SERAMAI 80 kepimpinan Rakan Belia YADIM (RBY) berhimpun di Kem Wawasan Negara Alor Gajah, Melaka dalam program Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM Zon Selatan.

Program melibatkan para peserta dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, IKTBN Alor Gajah, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar dan IKBTN Pagoh ini berlangsung dari 23 hingga 25 Jun.

Ia diadakan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia dan Sukan dan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan.

Menerusi program ini, mereka diterapkan aspek kepimpinan belia Islam, sahsiah pelajar dan kesukarelawanan selain menerima latihan dalam dan luar kelas.

Kesemua ini adalah sebagai persediaan pimpinan RBY sebelum menerima watikah pelantikan. Kem kepimpinan seterusnya akan diteruskan dengan siri ke 4 bagi Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di Zon Utara pula selepas ini.

Hadir ke program ini ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *