Home » Citra Yadim » Program Musa’adah COVID19 RSY Melaka

Program Musa’adah COVID19 RSY Melaka

MELAKA – Seramai 15 keluarga ahli Rakan Siswa YADIM (RSY) di Melaka menerima bantuan badan itu bagi meringankan beban mereka akibat penularan Covid-19.

Program Musa’adah Covid-19 RSY Melaka pada 25 Julai itu menyantuni ahli ahli yang tinggal di sekitar iaitu di Jasin, Ayer Keroh,Limbongan,Durian Tunggal, Duyong,Bukit Rambai dan Sungai Morten yang  melibatkan sumbangan kepada 15 buah keluarga. Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Selesai pembahagian sumbangan pada sesi pagi, program diteruskan lagi dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) RSY Melaka sesi 2020/2021 yang diketuai oleh Muhammad Nurakmal Izzad Md Fadzly, selaku Pengerusi MPN Melaka.

Turut hadir  dalam mesyuarat tersebut ialah wakil Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Mohd Khamis  Mohamad Sani dan Nazia Aqilah Mohd Anuar serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi RSY, Fakhrul Syahmi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *