Home » Citra Yadim » Yadim Peduli : Cuci-Cuci dan Musa’adah Pasca Covid-19 Terengganu

Yadim Peduli : Cuci-Cuci dan Musa’adah Pasca Covid-19 Terengganu

KUALA TERENGGANU – Usaha menyantuni golongan yang terkesan dengan wabak Covid-19 masih diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Negeri ini menjadi destinasi seterusnya program itu apabila dua kawasan di daerah ini menjadi lokasi program tersebut.

Inisiatif menyantuni masyarakat ini digandingkan pula dengan program ikonik YADIM iaitu Cuci Cuci. Tambah menarik apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifki Mohamad Al Bakri bakal merasmikan program ini.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh juga akan turut serta.

Program di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah, Kubang Lembik, Manir, dan Dewan Serbaguna Kampung Banggol Tok Esah, Manir, merupakan inisiatif untuk mencapai dua objektif apabila ia bukan sahaja membantu asnaf yang dikenalpasti memerlukan dan pada masa yang sama, membersihkan pula institusi pendidikan di kawasan ini.

Program pada 30 Julai ini akan dimulakan di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah seawal jam 7.30 pagi dengan pembahagian peserta sebelum kerja mencuci dan sanitasi dimulakan. Perasmian oleh Dr Zulkifli dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 pagi.

Beliau juga akan menyampaikan sumbangan sebanyak 100 food basket untuk asnaf di kawasan ini yang telah dikenalpasti.

Selesai di Kubang Lembik, Dr Zulkifi dan delegasi YADIM akan hadir pula ke Kampung Banggol Tok Esah untuk program yang sama. Di tempat ini, beliau juga akan menyampaikan 100 food basket kepada asnaf di kawasan ini.

Program ini dianjurkan YADIM Terengganu dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Manir dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *