Home » Langit Terbuka » Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 31 Julai

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 31 Julai

Tarikh menyambut Aidiladha itu telah diperkenankan oleh Duli Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. - Foto Suara Merdeka

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tarikh terbabit sudah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1441 Hijriah ialah pada 22 Julai 2020 Masehi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari 31 Julai 2020 Masehi,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *