Home » Citra Yadim » Program Sanitasi Surau & Masjid oleh YADIM Kelantan

Program Sanitasi Surau & Masjid oleh YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 14 Julai telah mengadakan dua program sanitasi iaitu di Surau Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu dan Masjid As Salam di Pengkalan Chepa.

Program pada jam 9 pagi dimulakan di Surau PPR kota Bharu sebelum diteruskan di Masjid As Salam.

Lima orang Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Jajahan Kota Bharu terlibat dalam inisiatif ini, termasuk Ustaz Raja Mohd Hakam yang juga merupakan guru pengajian Al Quran di Surau PPR Kota Bharu.

Terlibat sama ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang, Penolong Setiausaha Kanan Pejabat Sekreteriat Muafakat Komuniti PPR Kota Bharu, Nor Ilyani Inche Kamarudin  dan Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Sekretariat Muafakat Komuniti PPR Kota Bharu, Siti Nur Syafawati Ab Shatar.

Bersempena dengan program ini juga, YADIM Kelantan juga mengadakan program Musaadah 3.0 di surau berkenaan.

Seramai 10 keluarga yang dikenalpasti memerlukan di PPR Kota Bharu menerima sumbangan berkenaan. Lima orang daripada jumlah tersebut menerimanya pada program berkenaan dan selebihnya diedarkan oleh pihak PPR Kota  Bharu. Penyerahan ringkas disampaikan oleh Ustaz Mahadi Awang.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *