Home » Citra Yadim » Program Sepakat Madani bersama Komuniti di Kelantan

Program Sepakat Madani bersama Komuniti di Kelantan

SIRI Pertama program Sepakat Madani bersama Komuniti di Kelantan telah bermula di Madrasah Ar Rahmaniah Darul Quran, Kampung Kok Semeru, Tumpat pada 19 Februari.
Program bermula dengan Bicara Minda bertajuk “Malaysia Madani Menjamin Kesejahteraan Ummah” yang disampaikan oleh Duat Al Falah, Ustaz Tuan Anuwa Tuan Mat.
Selesai Bicara Minda, program diteruskan dengan penyampaian bakul makanan sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada 40 asnaf yang dikenal pasti memerlukan.
Seramai 80 orang ahli komuniti Madani dan pelajar pondok telah menghadiri program ini. Perasmian program telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Encik Hashim Mohammad.
Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah Penolong Pegawainya, Encik Mohd Rozimi Awang. Turut hadir Pengurus YaPEIM Negeri Kelantan, Encik Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh dan Mudir Madrasah Ar Rahmaniah Ustaz Mohd Nurhakimi Mat Saad.
Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, YADIM Negeri Kelantan, YAPEIM dan Duat Al Falah.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *