Home » Citra Yadim » Program Tahsin Ibadah Dan Kenduri Bubur Asyura

Program Tahsin Ibadah Dan Kenduri Bubur Asyura

WARGA Taman Sri Nanding, Hulu Langat telah bergotong-royong dalam Program Tahsin Ibadah Dan Kenduri Bubur Asyura yang diadakan di Surau Al-Munir, di taman berkenaan pada 27 Julai.
Program ini adalah anjuran YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Sukarelawan YADIM, Surau Al-Munir, Kawasan Rukun Tetangga, persatuan penduduk, peserta Industri Kecil Usahawan Nanding serta Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela kawasan tersebut.
Seawal 8 pagi, gotong-royong telah dimulakan untuk menyediakan Bubur Asyura yang dilaksanakan penuh muhibah oleh warga Taman Sri Nanding. Sebanyak 500 pek bubur berkenaan telah diagihkan kepada komuniti selepas itu.
Pada masa yang sama, slot Tahsin Ibadah Solat juga telah diadakan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Institut Latihan Dakwah YADIM, Ustaz Zulnizzam Zulkifli kepada 80 orang remaja dari kawasan tersebut yang menyertai program ini.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Yang Berhormat Mohd Sany Hamzan turut hadir dan terlibat sama dalam aktiviti gotong-royong yang berlangsung.
Beliau turut menyempurnakan gimik penyerahan gimik baju Sukarelawan YADIM dalam taklimat penubuhan Sukarelawan YADIM Taman Sri Nanding yang dikendalikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Encik Zam Zarizal Md Arifin.
Terlibat sama dalam program ini Pengerusi Surau Al-Munir, Haji Wan Zain Wan Yaacob, Ketua Kampung, Encik Muhammad Rozlan Alias dan Ketua Koordinator SAY Taman Sri Nanding, Encik Zamri Ariffin.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *