YADIM Negeri Kedah dan Perlis bersama Majlis Amal Islami Malaysia dan Pertubuhan SALIMAH Negeri Kedah telah menganjurkan program Tahsin Ibadah: Kursus Pengurusan Jenazah pada 27 Julai.
Program di Surau Kampung Padang Pulut, Jeneri, Sik ini telah dihadiri oleh seramai lebih 50 orang peserta.
Pengisian program ini telah disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustazah Rosnah Mustafa.
Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Encik Ahmad Afif Zuhdi Ahmad Zaki, Pengerusi Pertubuhan SALIMAH, Puan Masadah Sajadi, kakitangan YADIM Negeri Kedah dan Perlis serta Sukarelawan SALIMAH ialah antara yang terlibat dalam program ini.



KOMEN