Home » Citra Yadim » Program Tahsin Ibadah SAY : Pengurusan Jenazah

Program Tahsin Ibadah SAY : Pengurusan Jenazah

PADA 6 Ogos, Sukarelawan YADIM (SAY) Kawasan Chini telah mengadakan program Tahsin Ibadah SAY : Pengurusan Jenazah bersempena sambutan Kemerdekaan. Program ini telah berlangsung di Masjid Felda Chini 1 dan mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat serta para sukarelawan.
Program dimulakan dengan ceramah ringkas yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Alwi Muda. Dalam ceramah tersebut, beliau menekankan bahawa mengingati kematian sebagai salah satu perkara penting dalam hidup dan tanggungjawab umat Islam mengenainya.
Selepas sesi ceramah, program diteruskan dengan pengisian teori dan praktikal pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Ketua Pasukan SAY Chini, Puan Hasnah Zainal.
Beliau berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan prosedur lengkap pengurusan jenazah bermula dari saat kematian sehingga proses pengebumian.
Para peserta diberikan peluang untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti praktikal bagi memperkukuh kefahaman dan kemahiran mereka dalam menguruskan jenazah dengan tertib dan sempurna. Aktiviti ini turut membuka ruang kepada peserta untuk bertanya dan mendapatkan pencerahan terhadap isu-isu berkaitan.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya dalam meningkatkan pengetahuan serta kesedaran masyarakat terhadap pentingnya ilmu pengurusan jenazah. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *