Home » Langit Terbuka » Program tempatkan polis di masjid disambut baik

Program tempatkan polis di masjid disambut baik

Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan berkata, penempatan itu merupakan salah satu usaha untuk mengekang kejadian jenayah terutamanya di masjid agar jemaah merasa tenteram dan selamat ketika beribadah. - Foto Masjid Wilayah.gov.my

KUALA LUMPUR- Cadangan Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menempatkan pegawai polis di 72 masjid melalui program 1 Masjid 1 Pegawai Polis (1M1P) mendapat reaksi positif daripada pentadbir Masjid Wilayah Persekutan.

Imam Besarnya, Ehsan Mohd Hosni berkata program itu merupakan salah satu daya usaha untuk mengekang kejadian jenayah terutamanya di masjid agar jemaah merasa tenteram dan selamat ketika beribadah.

“Sudah sampai masanya inisiatif itu dilaksanakan berikutan berlaku kejadian seperti kecurian pada waktu puncak seperti solat Jumaat dan solat tarawih pada bulan Ramadan,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel.

Kelmarin Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim berkata, program itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan anggota jawatankuasa masjid bertujuan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah dengan menyalurkan maklumat jenayah kepada polis.

Beliau berkata Ini bagi mengurangkan jenayah seperti curi motosikal, pecah kenderaan, curi tabung masjid dan curi kasut.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *