Home » Citra Yadim » Program YADIM Kedah sempena Maal Hijrah

Program YADIM Kedah sempena Maal Hijrah

BALING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan dua program sempena dengan sambutan Maal Hijrah baru baru ini.

Program yang pertama iaitu ceramah bertajuk ‘Mengapa Perlu Berhijrah’ telah diadakan di Kampung Dataran Simpang 3, Bok Bak di sini pada 5 September lalu dengan kerjasama Pasukan Sukarelawan Al Rahmah Bok Bak.

Ia menampilkan Pegawai Agama Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar, Ustaz Lutfi Amir Saiadin sebagai penceramahnya. Kira kira 200 orang penduduk kawasan sekitar menghadiri majlis ini yang bermula selepas solat Isyak. Hadir sama ialah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Baling/Sik, Mohd Aminudin Che Mahmood.

Lutfi Amir memulakan ceramahnya dengan menyentuh mengenai perjalanan peristiwa hijrah di zaman Rasulullah SAW, sebelum membuka minda hadirin tentang perlunya hijrah dan ambil pengalaman dari peristiwa hijrah itu sendiri.

Program kedua merupakan Forum Perdana Maal Hijrah yang diadakan pada 6 September di Masjid Al Halimi, Kampung Selarong. Ia bermula pada jam 8 malam dan berjaya menarik kehadiran kira kira 350 orang menghadirinya.

Selain YADIM Kedah, ia turut dianjurkan dengan kerjasama Masjid Al Halimi dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Ia menampilkan Imam Muda Azhar sebagai moderator, manakala Imam Besar Masjid Zahir, Ustaz Mohd Isa Abd Rahman serta penceramah bebas, Ust Firdaus Che Rush sebagai ahli panel.

Mereka membicarakan tentang pengertian hijrah itu yang merangkumi perpindahan ke arah lebih maju dan lebih baik.

Turut diselitkan ialah nasihat agar selalu melakukan kebaikan sesuai dengan usia yang semakin meningkat, selain seruan untuk tidak menyebarkan cerita tidak dipastikan kesahihannya di media sosial.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *