Home » Citra Yadim » Program YADIM Kolaboratif : Slot Youth Talk @YADIM

Program YADIM Kolaboratif : Slot Youth Talk @YADIM

LENSA Program YADIM Kolaboratif : Slot Youth Talk @YADIM Sesi Ogos 2025 sempena Minggu Paradigma Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Surau IKBN Kuala Perlis pada 5 Ogos.
Program ini diadakan atas tujuan meningkatkan kefahaman belia berkaitan budaya hormat dalam islam melalui medium perkongsian ilmu dalam kuliah Maghrib. 90 naskhah Buku Adab Ikhtilaf keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dijadikan sebagai bahan rujukan kuliah.
Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain telah dijemput sebagai penceramah. Beliau telah menyampaikan perkongsian berkaitan salah satu teras Madani iaitu Hormat di hadapan 180 orang pelajar baharu IKBN sesi Ogos 2025.
Program selama dua jam bermula 7.30 malam ini telah dipandu oleh Pegawai IKBN Kuala Perlis, Ustaz Abdul Wafi Yahya. Turut hadir menjayakan forum tersebut ialah Pegawai Belia IKBN Kuala Perlis, Encik Megat Hafiz Mohd Nor.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *