Home » Citra Yadim » Promosi Jom Muamalah YADIM @ Tesco Ampang di Selamat Pagi Malaysia

Promosi Jom Muamalah YADIM @ Tesco Ampang di Selamat Pagi Malaysia

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 15 September telah berpeluang bersiaran dalam slot Selamat Pagi Malaysia di Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi tujuan mempromosikan Program Jom Muamalah YADIM @ Tesco Ampang.

Dalam rancangan berkenaan, YADIM telah diwakili oleh Eksekutif Kanan Bahagian Pembangunan Ummah, En Muzaffar Abdul Rahim.

Menurut beliau, program berkenaan bertujuan membudayakan masyarakat dengan satu sistem pengurusan kewangan Islam yang sesuai digunakan oleh semua golongan.

“Muamalah ini adalah perhubungan antara manusia sesama manusia, untuk menyempurnakan urusan seharian mereka, seperti penggunaan wang, pengurusan harta dan sebagainya, sekaligus menepati konsep Rahmatan Lil Alamin,” ujarnya.

Jelas beliau, sistem muamalah Islam ini bersifat universal dan bukan saja boleh digunakan oleh masyarakat Islam tetapi juga bukan Islam.

Sementara itu menurut Muzaffar, antara pengisian program itu nanti ialah rancangan bual bicara mengenai sistem muamalah, pengendalian hutang dan aspek aspek kewangan Islam.

“YADIM juga mengambil kira aspek yang paling dekat dan digemari masyarakat, justeru antara pengisian program Jom Muamalah YADIM nanti ialah Street Food Karnival,” jelasnya.

Katanya lagi, ini merupakan kali pertama YADIM turun dan mengadakan kerjasama dengan pasar raya besar.

Jom Muamalah YADIM  bermula pada 14 September lalu dan akan berlangsung hingga 23 September ini. Program bermula jam 10 pagi hingga 12 malam di Tesco Ampang.

YADIM mengucapkan terima kasih kepada RTM atas sinergi promosi yang dilaksanakan.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *