Home » Langit Terbuka » Proton serah 1,000 unit X70 dalam tempoh sehari

Proton serah 1,000 unit X70 dalam tempoh sehari

Proton memberitahu, para pelanggan yang telah menerima X70, turut diberi taklimat mengenai keunikan SUV pertama syarikat itu selain diajar menggunakan ciri-ciri tersebut. - Foto Utusan

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) melakar satu lagi kejayaan bermakna apabila menyerahkan sebanyak 1,000 unit kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 kepada pelanggan dalam tempoh sehari pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

Acara tersebut diadakan di 74 pusat 3S/4S Proton di serata negara pada 2 Feb lepas.

Dalam satu kenyataan, Proton berkata para pelanggan terbabit turut diberi taklimat mengenai keunikan SUV pertama syarikat itu selain diajar menggunakan ciri-ciri tersebut.

“Taklimat secara komprhensif itu dilakukan oleh pengurus pasca jualan di setiap cawangan terbabit bagi memberi pemahaman lebih terperinci mengenai kenderaan tersebut.

“Ini bagi memastikan pemilik kenderaan itu dapat memaksimumkan keseronokan pemanduan masing-masing dengan memanfaatkan ciri-ciri keselesaan, kemudahan dan keselamatan yang disediakan oleh X70,” kata Proton. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *