Home » Langit Terbuka » Puasa sunat sempena hari wukuf di Arafah 21 Ogos

Puasa sunat sempena hari wukuf di Arafah 21 Ogos

Matla’ (tempat terbit anak bulan) negara Malaysia adalah berbeza dengan Arab Saudi yang berkedudukan lebih barat menyebabkan peluang kenampakan hilal (anak bulan) lebih tinggi di negara berkenaan, menurut Jakim

KUALA LUMPUR – Umat Islam yang ingin berpuasa sunat sempena hari wukuf di Arafah boleh melaksanakannya pada 9 Zulhijjah 1439 Hijrah bersamaan 21 Ogos ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Beliau berkata, walaupun Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan 1 Zulhijjah (Ahad) bersamaan 12 Ogos dan seterusnya menetapkan wuquf di Arafah pada 20 Ogos (Isnin) serta Aidiladha pada 21 Ogos 2018, matla’ (tempat terbit anak bulan) negara Malaysia adalah berbeza dengan Arab Saudi yang berkedudukan lebih barat menyebabkan peluang kenampakan hilal (anak bulan) lebih tinggi di negara berkenaan.

“Perbezaan waktu antara kedua-dua negara sekitar lima jam. Justeru, ketika hilal dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan hilal itu adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia dan peluang kenampakan juga lebih mudah.

“Sebagai penduduk di Malaysia, kita hanya boleh menerima pakai keputusan cerapan hilal matla’ di negara kita,” katanya dalam kenyataan.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 22 Ogos (Rabu) seperti yang diumumkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebelum ini – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *