Home » Langit Terbuka » Pusat hiburan di Jakarta diarah tutup sepanjang Ramadan

Pusat hiburan di Jakarta diarah tutup sepanjang Ramadan

JAKARTA, 23 Mei – Pihak berkuasa Jakarta mengarahkan  pusat hiburan di bandar itu ditutup sepanjang Ramadan bagi menghormati bulan suci umat Islam.

Arahan itu menyatakan enam jenis hiburan antaranya kelab malam, spa atau rumah urut, premis perjudian, premis pusat snuker dan billiard.

Setiausaha Agensi Pelancongan dan Kebudayaan Jakarta, Jeje Nurjaman berkata, semua lokasi hiburan itu di bawah sektor pelancongan.

“Semua lokasi hiburan ini perlu ditutup sehari sebelum dan sepanjang Ramadan dan hingga sehari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Pusat karaoke dan lokasi hiburan muzik yang menyediakan meja pool dibenarkan beroperasi dari jam 8.30 malam hingga 1.30 pagi,” katanya.

Bagaimanapun Jeje berkata, kelab malam yang berada di hotel bertaraf empat bintang atau lebih tinggi masih dibenarkan beroperasi.

Kelab malam yang berada di kawasan komersial dan jauh dari kediaman penduduk, masjid, sekolah dan hospital juga dibenarkan beroperasi.

Jelas beliau, arahan penutupan yang dikeluarkan setiap Ramadan itu bertujuan menghormati dan tidak mengganggu umat Islam beribadah pada bulan mulia berkenaan.

Beberapa bandar atau wilayah di Indonesia juga mengeluarkan arahan sama sepanjang Ramadan, dijangka bermula pada 27 Mei ini. -Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *