Home » Langit Terbuka » Pusat tahfiz songsang akan ditutup

Pusat tahfiz songsang akan ditutup

menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, andaian yang mengatakan bahawa sekiranya kerajaan menandatangani perjanjian antarabangsa itu akan menyebabkan hak orang Melayu terhapus, Raja dan Islam akan tergugat adalah sama sekali tidak benar

SEREMBAN – Kerajaan akan mengambil tindakan menutup pusat tahfiz sekiranya pengetua atau pemilik didapati melakukan gangguan seksual terhadap pelajar mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan seperti meliwat atau mencabul bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi tahfiz tetapi juga agama Islam.

“Jangan kita menggunakan nama baik institusi tahfiz untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Perbuatan keji itu bukan sahaja memburukkan imej agama tetapi orang akan hilang kepercayaan terhadap institusi berkenaan.

“Individu terbabit perlu diambil tindakan dan sekolahnya juga perlu diberi amaran. Kalau pengetua, kita terpaksa arah tutup kerana memalukan dan memberi kesan negatif,” katanya pada sidang media selepas Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur yang ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat sembilan penuntut berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu.

Suspek berusia 30-an sudah didakwa dengan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di Mahkamah Sesyen Putrajaya, pada Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau akan meneliti laporan kes itu dan jika suspek didapati bersalah terhadap tuduhan maka pihaknya akan menutup pusat tahfiz berkenaan.

Malah, katanya, suspek juga mungkin akan dihalang untuk meneruskan pengajaran dan kembali ke pusat itu sekiranya dibenarkan jamin oleh mahkamah sehingga kesnya selesai.

Mujahid juga menasihatkan ibu bapa supaya menyemak atau memilih pusat tahfiz yang diiktiraf dan berdaftar supaya keselamatan serta masa depan anak mereka lebih terjamin. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *