Home » Langit Terbuka » Qatar wujudkan status penduduk baharu bagi warga luar

Qatar wujudkan status penduduk baharu bagi warga luar

DOHA, 3 Ogos : Qatar, yang kini dipulaukan empat negara Arab, semalam mewujudkan status penduduk kekal baharu bagi kumpulan warga asing tertentu termasuk mereka yang bekerja demi kepentingan negara berkenaan.

Buat julung kali bagi negara itu, menteri Kabinet Qatar mengumumkan langkah berkenaan, lapor agensi berita QNA, dalam tindakan yang akan menjejaskan kepada puluhan ribu penduduk asing.

Menurut undang-undang baru itu, kanak-kanak yang beribukan wanita tempatan dan bapa warga asing boleh mendapat manfaat daripada status baru berkenaan bersama-sama warga luar yang ‘berkhidmat kepada Qatar’ atau mempunyai kemahiran yang memberi faedah kepada negara itu.

Suruhanjaya Kementerian Dalam Negeri yang diwujudkan khas itu akan memutuskan kes individu, menurut Agensi Berita Qatar.

Mereka yang dianggap layak mendapat status baru itu akan mendapat faedah sama seperti rakyat tempatan menggunakan perkhidmatan awam secara percuma, seperti kesihatan dan pendidikan.

Mereka juga akan menerima layanan lebih baik dalam tugas pentadbiran dan pasukan bersenjata selain boleh memiliki harta sendiri dan mengamalkan aktiviti sosial tanpa memerlukan warga tempatan sebagai rakan. – AFP

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *