YADIM Utara anjur jelajah dekati masyarakat

SUNGAI PETANI 3 Ogos – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah menganjurkan program Jelajah YADIM Bersama Masyarakat di daerah Baling, Kedah pada 28 dan 29 lalu. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, dalam program itu pelbagai aktiviti telah diadaan termasuk pertandingan futsal […]

Memahami institusi beraja

PUTRAJAYA 2 Ogos – Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara yang akan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya pada Sabtu dan Ahad ini merupakan satu inisiatif bagi memantapkan perpaduan rakyat di bawah payung institusi beraja. Wacana dianjurkan oleh Panel Perun­ding Perpaduan Ummah (PPPU)-Majlis Dakwah Negara (MDN) adalah julung kali diadakan untuk mendedahkan kepada masyarakat mengenai peranan Majlis Raja-Raja […]

Tujuh negara anggap undang-undang AS ancaman

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT 3 Ogos –  Satu kajian tinjauan Pusat Pew dibuat di 38 negara dan keputusan menunjukkan tujuh negara melihat Amerika Syarikat dilihat sebagai ancaman berdasarkan majoriti pandangan rakyat lapor Newsweek. Antara negara yang tersenarai adalah Korea selatan (70 peratus), Jepun (62 peratus), Turki (72 peratus), Mexico (62 peratus), Sepanyol (59 peratus), Indonesia […]

Buli: 10 pelajar berdepan tindakan gantung sekolah

SADONG JAYA 3 Ogos : Sepuluh pelajar perempuan yang membelasah seorang pelajar perempuan lain di padang sekolah menengah di Kunak, Sabah, 29 Julai lalu, akan berdepan tindakan gantung sekolah sejurus selesai proses siasatan polis. Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata semua pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan lebih keras, namun mereka tidak […]

Qatar wujudkan status penduduk baharu bagi warga luar

DOHA, 3 Ogos : Qatar, yang kini dipulaukan empat negara Arab, semalam mewujudkan status penduduk kekal baharu bagi kumpulan warga asing tertentu termasuk mereka yang bekerja demi kepentingan negara berkenaan. Buat julung kali bagi negara itu, menteri Kabinet Qatar mengumumkan langkah berkenaan, lapor agensi berita QNA, dalam tindakan yang akan menjejaskan kepada puluhan ribu penduduk […]

KDN keluar perintah larangan 8 penerbitan

BANGI, 2 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewartakan Perintah Larangan terhadap lapan penerbitan. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, kesemua penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungannya mungkin memudaratkan ketenteraman awam, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan pemikiran orang ramai. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, lima penerbitan terbabit […]