Home » Langit Terbuka » KDN keluar perintah larangan 8 penerbitan

KDN keluar perintah larangan 8 penerbitan

BANGI, 2 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewartakan Perintah Larangan terhadap lapan penerbitan.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, kesemua penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungannya mungkin memudaratkan ketenteraman awam, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan pemikiran orang ramai.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, lima penerbitan terbabit didapati mengandungi fakta mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran akidah Islam mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tajuk-tajuk penerbitan berkenaan adalah ‘Isu Semasa Dalam Risalah: Hukum Barat Pun Islam’, ‘Isu Semasa Dalam Risalah: Konsep Kebebasan dan Agama’, ‘Menuju Reformasi Perundangan Islam’, ‘Zainab Srikandi Cucu Baginda Muhammad SAW’ serta ‘Imam Mahdi Yang Ditunggu Dan Malapetaka Akhir Zaman’.

Beliau menyifatkan penerbitan berkenaan dilihat boleh mengelirukan orang ramai dan dikategorikan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Sementara, dua penerbitan lain turut dikesan mempunyai unsur menghina Islam dan negara, serta mungkin memberi implikasi negatif dari sudut keselamatan.

Ia membabitkan penerbitan ‘Al-Yahud: Eternal Islamic Enmity & The Jews’ dan ‘From Majapahit to Putrajaya: Searching for Another Malaysia’.

“Satu lagi penerbitan yang kandungan atau artikelnya berunsur seks serta memuatkan gambar lucah keterlaluan dilihat tidak sesuai dengan norma kehidupan masyarakat Malaysia bertajuk ‘Saucy Seaside Postcards’.

“Sehubungan dengan itu, mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melalukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8 (2) Akta 301 tersebut,” katanya.- www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *