Home » Langit Terbuka » Radovan Karadzic jalani penjara seumur hidup di UK

Radovan Karadzic jalani penjara seumur hidup di UK

Karadzic didapati bersalah atas peranannya dalam pembunuhan terhadap lebih 8,000 lelaki dan kanak kanak lelaki Islam di Bosnia oleh tentera Serbia pada Julai 1995. - Foto Irmct.org

LONDON – Penjenayah perang Bosnia Serbia, Radovan Karadzic tiba di United Kingdom (UK) untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup di Isle of Wight.

Karadzic, 75, tiba di penjara yang dikenali dengan nama Parkhurst semalam selepas panel hakim di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) The Hague, Belanda menambah hukuman penjaranya daripada 40 tahun kepada seumur hidup.

Terdahulu, Karadzic juga didapati bersalah atas peranannya dalam pembunuhan terhadap lebih 8,000 lelaki dan kanak kanak lelaki Islam di Bosnia oleh tentera Serbia pada Julai 1995.

Tragedi itu disifatkan kekejaman paling dahsyat di Eropah sejak Perang Dunia Kedua dan dianggap pembunuhan berama-ramai oleh ICC.

Perang tiga tahun antara etnik Croatia, Islam dan Serbia pada 1995 menyebabkan lebih 100,000 maut.

Sementara itu, anak perempuan Karadzic, Sonja membantah bapanya menjalani hukuman penjara di Wight kerana menyifatkan keadaan di sana tidak sihat dan ‘tidak bertamadun’.

Katanya, keadaan bapanya yang uzur menyebabkan dia tidak sesuai dipenjara di kepulauan tersebut. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *