SEKITAR Program YADIM Kolaboratif: Rai Ummah ‘Kacau Bubur Asyura Madani Bersama Komuniti’ pada 31 Julai di Kampung Kelar, Pasir Mas.
Program hasil kerjasama antara YADIM Negeri Kelantan, Sukarelawan YADIM Jajahan Pasir Mas dan Rantau Panjang, Komuniti Madani Sungai Keladi dan berapa agensi lain ini telah disertai hampir 100 ahli komuniti setempat.
Bermula seawal jam 7.00 pagi, para sukarelawan bergotong-royong mengacau Bubur Asyura dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan. Bubur yang telah siap dimasak kemudiannya diagihkan kepada penduduk sekitar menjelang jam 4 petang, menzahirkan semangat memberi dan menyantuni komuniti setempat.
Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah Peyelaras program, Encik Aidi Kussuma Mamat. Turut hadir ialah ketua Sukarelawan YADIM Jajahan Pasir Mas dan Rantau Panjang, Puan Rozianti Mat Deris serta Pengerusi Komuniti Madani Sungai Keladi, Haji Masri Mahmud.



KOMEN