Home » Langit Terbuka » Raja-raja Melayu pelindung rakyat dari ‘ombak perebutan kuasa’ – Sultan Nazrin

Raja-raja Melayu pelindung rakyat dari ‘ombak perebutan kuasa’ – Sultan Nazrin

PUTRAJAYA 5 Ogos – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah sultan dan raja-raja Melayu akan terus menjadi pelindung kepada rakyat dalam menghadapi ‘ombak perebutan kuasa’.

Jelas Sultan Nazrin, ketika ini raja-raja Melayu dalam kedudukan terbaik untuk melindungi kepentingan rakyat.

“Ketika warga dilanda hempasan ombak perebutan kuasa, yang kelihatan semakin meretakkan perpaduan barang dijauhkan warga daripada menghadapi nasib, benang habis – kain tak jadi, jarum patah – baju tak siap.

“Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berada dalam sebaik-baik kedudukan untuk melindungi kepentingan warga. Berkat daulat raja-raja Melayu, semoga warga yang berada di tangga dapat ke pelantar, jika di pelantar dapat ke anjung, yang diserambi dapat ke tengah rumah,” titah Sultan Nazrin.

Sultan Nazrin bertitah pada Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini pagi tadi.

Jelas Sultan Nazrin berkat naungan Raja-Raja Melayu warga terus dapat dibimbing sekali gus menepis yang keruh menjadi jernih, membuang yang bengkok dan mengambil yang lurus.

Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat dianjurkan secara bersama oleh Panel Perunding Perpaduan Umnah (MDN). -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *