Home » Langit Terbuka » Raja Salman undang Dr Mahathir ke Arab Saudi

Raja Salman undang Dr Mahathir ke Arab Saudi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima surat peribadi daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud untuk mengundang beliau ke negara itu dalam masa terdekat.

Surat tersebut disampaikan oleh utusan khas Raja Salman, Turki Mohamed Fahd Al Saud dalam satu pertemuan di Perdana Putra di sini.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang turut serta dalam pertemuan tersebut berkata jemputan rasmi daripada Raja Salman itu bertujuan mengeratkan hubungan baik sedia ada antara kedua-dua negara.

“Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan akan memikirkan masa yang sesuai sebab sekarang ini kerja banyak,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Turut serta dalam pertemuan hampir setengah jam itu ialah Duta Arab Saudi di Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir. — Bernama

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *