Home » Langit Terbuka » Kelantan banteras LGBT, Syiah

Kelantan banteras LGBT, Syiah

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan berkata, sehingga kini masalah melibatkan isu LGBT di negeri itu masih lagi terkawal hasil usaha pencegahan dan penguatkuasaan yang dilakukan

KOTA BHARU – Kerajaan negeri tetap akan membuat pemantauan dan operasi di premis bagi membendung aktiviti tidak sihat seperti LGBT dan ajaran syiah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, sehingga kini masalah melibatkan isu LGBT di negeri ini masih lagi terkawal hasil usaha pencegahan dan penguatkuasaan yang dilakukan.

“Jika ada laporan berlaku khalwat, kita kena pantau sebab kita tidak mahu memberi ruang kepada maksiat berlaku. Apabila berlakunya maksiat, zina dan sebagainya, maka akan timbul isu pembuangan anak.

“Kita akan teruskan permeriksaan berkala atau tidak berkala dan serbuan tetap akan dilakukan sama ada kita mendapat laporan ataupun tidak. Kita tidak mahu berlaku sesuatu kemungkaran jika kita tidak mencegah. Kita juga akan menerima balanya nanti jika tidak melakukan sesuatu. Jadikan apa yang berlaku pada negara lain sebagai contoh,”katanya.

Nassuruddin berkata demikian semasa menjawab soalan yang diajukan (Pas- Gual Periok) Mohamad Awang dalam Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Mohamad Awang mempersoalkan mengenai sejauh mana tahap keseriusan isu-isu yang berkaitan dengan pengaruh ajaran syiah serta LGBT di negeri ini, termasuklah pendekatan yang diambil untuk membendung masalah tersebut. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *