Home » Citra Yadim » Rakan Belia YADIM terus dapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan

Rakan Belia YADIM terus dapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan

NILAI – Belia masa depan negara! Program memperkasa dakwah di kalangan belia sentiasa menjadi keutamaan YADIM.

Bukan sahaja dengan rakan badan bukan kerajaan (NGO), malah sudah tentu dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga. Pada 11 September, badan dakwah ini terlibat dalam Majlis Pertukaran Kerjasama dalam Karnival Kerjaya Institusi Latihan Kemahiran Belia (ILKBS) dan Sukan Zon Tengah serta Anugerah iDEA 22 di sini.

Pertukaran memorandum berkenaan disampaikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu kepada Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner.

Menerusi kerjasama ini, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS akan meningkatkan keupayaan BPKB sebagai hub kerohanian, kepimpinan dan kesukarelawanan kepada pelajar ILKBS melalui penubuhan Rakan Belia YADIM (RBY) di bawah Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi berkenaan.

Mereka akan turut menguruskan penggunaan kemudahan dan fasiliti KBS yang melibatkan program yang dianjurkan secara bersama kepada RBY, BPKB dan ILKBS.

YADIM pula akan memperkasakan aktiviti kepimpinan, kerohanian dan kesukarelawanan kepada ahli-ahli Rakan BBY di ILKBS, mengadakan kursus kepimpinan, pemantapan dan pengurusan organisasi kepada penyelaras, pimpinan dan ahli RBY di ILKBS serta melaksanakan aktiviti khidmat bakti melibatkan agensi-agensi kerajaan dan NGO.

Secara rasminya RBY telah ditubuhkan di 21 ILKBS di bawah exco kerohanian MPP setiap Institut Kemahiran Belia Negara/ Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara.

YADIM juga merancang untuk menagadakan Konvensyen RBY pada November ini bagi menghimpun dan menyerahkan sijil watikah perlantikan.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *