Home » Langit Terbuka » Rakyat dibawa pulang dari Wuhan perlu lepasi pemeriksaan 4 fasa

Rakyat dibawa pulang dari Wuhan perlu lepasi pemeriksaan 4 fasa

Seramai 167 warga Malaysia yang terkandas, serta anak kapal dan anggota perubatan dijangka dibawa pulang dari China. - Foto FB

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang terkandas di bandar Wuhan di wilayah Hubei, China dan anggota pasukan misi membawa pulang mereka ke tanahair dikehendaki melepasi pemeriksaan pada setiap fasa misi membawa pulang itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly pada sidang media menerangkan misi penghantaran itu terbahagi kepada 4 fasa iaitu sebelum berlepas ke Wuhan, semasa membawa pulang, ketibaan di tanahair, dan kemasukan ke pusat pemantauan, di mana mereka akan dikuarantin selama 14 hari.

Semua 167 rakyat Malaysia yang terkandas, serta anak kapal dan anggota pasukan perubatan dalam misi itu perlu melepasi saringan di setiap peringkat sebelum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Kementerian sentiasa memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi akan dipatuhi sepenuhnya sepanjang misi bantuan kemanusiaan itu,” kata Dzulkefly pada sidang media pada 3 Februari.

Difahamkan misi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas itu, yang diketuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), dijangka akan berlepas ke Wuhan, pusat wabak koronavirus, pada 6.30 petang ini. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *