Home » Kenyataan Media » YADIM LAPOR POLIS BERKAITAN KENYATAAN TULAR, NAFI TERLIBAT SUMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK PENGISLAMAN

YADIM LAPOR POLIS BERKAITAN KENYATAAN TULAR, NAFI TERLIBAT SUMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK PENGISLAMAN

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak telah membuat laporan polis pada 29 Januari di Balai Polis Gita, Kuching berhubung satu kenyataan yang tular di media sosial tentang penglibatan YADIM dalam program sumbangan kewangan pendidikan kepada anak-anak bumiputera di kawasan Kapit, Kanowit dan Belaga.

Dalam kenyataan tersebut, halaman Facebook Radio Nyawa Sarawak dan Sarawak Inside menyatakan YADIM terlibat di dalam jelajah di sekitar pedalaman Sarawak di kawasan Kapit, Kanowit dan Belaga dengan menawarkan RM 1000 untuk setiap anak bumiputera kepada ibu bapa dengan tujuan untuk mengislamkan mereka.

YADIM menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai program seumpama itu sama ada telah dilaksana mahupun yang sedang dirancang untuk dilaksanakan di negeri Sarawak.

YADIM beranggapan bahawa kenyataan seperti ini adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menjejaskan imej YADIM dan agensi Islam yang lain.

YADIM mengajak semua pihak agar memeriksa semua berita yang ditularkan sebelum disebarkan kerana berita seumpama ini boleh mengancam perpaduan dan keharmornian beragama di kalangan masyarakat khususnya di negeri Sarawak.

Dikeluarkan oleh Bahagian Media dan Teknologi Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. 3 Februari 2020

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *