Home » Citra Yadim » Retreat MAIM, NUIM dan MAWIM bersama pengurusan tertinggi YADIM

Retreat MAIM, NUIM dan MAWIM bersama pengurusan tertinggi YADIM

BADAN Bukan Kerajaan (NGO) mempunyai kekuatan yang tidak dinafikan mampu mempengaruhi banyak pihak di negara ini.
Melalui gerak kerja mereka ia mampu menentukan halatuju banyak pihak termasuk kerajaan. Selaku penyelaras kepada gerak kerja NGO Islam di negara ini, YADIM menerusi entiti bersamanya iaitu Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Nadwah Ulama dan Ilmuan YADIM (NUIM) dan Majlis Wanita YADIM (MAWIM) mempuyai tanggungjawab dan peranan untuk memperkukuhkan penganjuran program-program yang sesuai dengan fungsi dan kumpulan sasaran.
Bagi tujuan itu, satu retreat dengan tujuan menghimpunkan ahli ahli MAIM, NUIM dan MAWIM bersama pengurusan tertinggi YADIM bagi membina hala tuju NGO-NGO Islam di negara ini telah diadakan pada 6 Mac di ibu pejabat badan dakwah ini di Putrajaya.
Ia juga bagi memperkukuhkan jaringan MAIM, Nuim dan MAWIM bersama pihak berautoriti selain membincangkan gerak kerja dakwah MAIM, NUIM dan MAWIM ke arah mencapai matlamat YADIM tahun 2024.
Hampir 40 ahli ahli ketiga entiti ini hadir bagi tujuan tersebut yang turut disertai Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus selaku Pengerusi MAIM dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Kakitangan Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM juga terlibat sama dalam retreat ini.
Program dimulakan dengan ucaptama daripada Datuk Hasanuddin sebelum bengkel bermula.
Dalam sesi bengkel, ahli-ahli yang hadir telah membincangkan gerak kerja, perancangan program, masalah serta kaedah terbaik melestari gerakan dakwah di negara ini.
Semoga semua yang direncanakan berhasil dan membantu memperkasa dakwah dan mencapai Aspirasi Malaysia Madani.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *